Selamat Datang
FAKULTI PENGAJIAN UMUM DAN PENDIDIKAN LANJUTAN (FUPL)

Latar Belakang MPU

MPU telah terhasil berikutan terdapatnya beberapa persoalan timbul berkenaan matapelajaran wajib yang telah diperkenalkan di IPT iaitu:

  1. Wacana di akhbar membicarakan tentang lunturnya semangat patriotisme dalam kalangan pelajar IPT;
  2. Ketidakseragaman pengajaran mata pelajaran kursus wajib antara IPTS dan IPTA.
  3. Pelajar bukan warganegara telah meluahkan hasrat untuk mempelajari pengalaman Malaysia membangun negara ini hingga menjadi harmoni, stabil dan maju;
  4. Kurikulum MPW sedia ada telah digunakan semenjak tahun 1996 dan sudah tiba masanya untuk disemak dan dinilai semula.
Konsep MPU

Pengajian umum bertujuan menyediakan pelajar dengan keterampilan yang tertentu, di samping memperoleh pendedahan kepada pelbagai ciri keterampilan intelektual. Kursus pengajian umum juga menjadi kursus pelengkap kepada kursus-kursus yang ditawarkan dalam program pengkhususan pelajar.

Justeru, tujuan MPU diperkenalkan adalah seperti berikut:
1. Penyelarasan Matapelajaran Wajib kepada MPU di IPT;
2. Pembinaan Negara Bangsa;
3. Penguasaan dan Peluasan Kemahiran Insaniah;
4. Pengukuhan dan Peluasan Pengetahuan di Malaysia;
5. Pengaplikasian Kemahiran Insaniah.

Berdasarkan tujuan di atas, maka Matapelajaran Pengajian Umum dibahagikan kepada empat kelompok iaitu:
U1: penghayatan falsafah, nilai dan sejarah;
U2: penguasaan kemahiran insaniah;
U3: perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia;
U4: kemahiran pengurusan masyarakat yang bersifat praktikal seperti khidmat masyarakat dan kokurikulum.

Struktur MPU

Struktur MPU melibatkan pelaksanaan di peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pelajar diwajibkan lulus dan melengkapkan kelompok U1, U2, U3, dan U4 sebagai syarat untuk menamatkan pengajian.

Pelaksanaan MPU DIKECUALIKAN kepada program-program berikut:
i. Program akademik diperingkat sarjana dan kedoktoran;
ii. Kursus jangka pendek;
iii. Program bukan penamat (non-terminal) seperti matrikulasi;
iv. Program asasi (foundation);
v. Kursus profesional dan ikhtisas (contoh: ACCA), bagi pelajar yang telah mengambil kursus MPU di peringkat pengajian terdahulu; dan
vi. Pemberian pengecualian MPU adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta yang perlu dipatuhi oleh IPT masing masing.

Tarikh Pelaksanaan

Garis Panduan MPU Edisi Kedua ini adalah sebagai panduan kepada IPT untuk menyediakan kurikulum MPU. IPT perlu mematuhi dasar-dasar pelaksanaan MPU, tertakluk kepada pekeliling berkaitan MPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Penawaran kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) adalah berkuat kuasa pada 1 September 2013 ke atas pelajar pengambilan kohort baru di semua IPT, manakala penawaran MPU menggunakan Garis Panduan MPU Edisi Kedua ini pula berkuat kuasa pada September 2017.

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8765
  fupl@unisza.edu.my
  FUPL UniSZA

Waktu Operasi

 Ahad - Rabu 8.00 pagi - 4.45 petang 
 Khamis 8.00 pagi - 4.30 petang 
 Rehat 1.00 - 2.00 petang 
 Jumaat - Sabtu / Cuti Umum  TUTUP

Pengunjung

142748