Kolokium Akademik Inovasi dalam Pembangunan Sahsiah, Moral dan Pendidikan Orang Asli

Bancian pada 1998 mendapati masyarakat orang asli di seluruh negara berjumlah lebih kurang 105,979 orang dan hampir separuh daripadanya tinggal di dalam negeri Pahang. Jumlah masyarakat itu cuma membentuk peratusan yang kecil dalam masyarakat Malaysia dan menjadikan mereka seolah-olah tersisih daripada arus pembangunan negara (Petikan Arkib Utusan Malaysia, 11/03/1998).

Sebagai usaha membantu meningkatkan taraf hidup orang asli, kerajaan negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang telah mewujudkan Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) pada 3 Mei 1998 bertujuan untuk melahirkan golongan pemimpin di kalangan orang asli yang berkaliber dan berilmu dalam usaha mentamadunkan masyarakat Orang Asli agar berada sama taraf dengan kaum lain di negara ini. Di samping itu, lepasan PETAMA mampu menjadi Daie’ di kalangan masyarakat Orang Asli. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang (JAKOA).

Ke arah meningkatkan usaha memperkasakan pembangunan sahsiah, moral dan pendidikan dalam kalangan orang asli khusus di Pahang, Kolej Yayasan Pahang (KYP) selaku penggerak PETAMA dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan perbincangan akademik berbentuk kolokium bertajuk "Pembangunan Sahsiah, Moral dan Pendidikan Dalam Kalangan Orang Asli ". Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan bersama Fakulti Sains Sosial Gunaan bekerjasama dalam menjayakan kolokium tersebut pada 12 September 2017 bertempat di Dewan Senat, Kampus Gong Badak UniSZA.

Kolokium menghimpunkan para akademik, pentadbir dan penggerak dakwah bagi membentangkan kertas kerja, hasil kajian dan perkongsian pengalaman institusi berkaitan pembangunan sahsiah, moral dan pendidikan dalam kalangan orang asli. Format kolokium berbentuk siri pembentangan kertas kerja dari panel jemputan dan satu forum berkaitan isu semasa orang asli. 

Program seumpama ini diharapkan menjadi Medium perkongsian pengalaman institusi dalam pembangunan sahsiah, moral dan pendidikan dalam kalangan orang asli dan dapat meningkatkan kesedaran awam khusus warga akademik tentang pentingnya pembangunan sahsiah, moral dan pendidikan kepada orang asli dalam menuju ke arah pembangunan masyarakat lestari 2020, sasaran pembangunan yang mapan 2030 dan transformasi nasional 2050.

Webp.net-resizeimage 2
Webp.net-resizeimage 3

Program Transformasi Negara

altPusat Penataran Ilmu telah mengadakan program ini kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil Kursus Universiti iaitu Kursus Hubungan Etnik. Seramai 1100 pelajar dan kakitangan telah hadir ke program tersebut.

 

Continue Reading

More Articles ...