LATAR BELAKANG

 
 

Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) sebelum ini dikenali dengan Pusat Penataran Ilmu (PPI) yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 2007. Penubuhan FUPL berasaskan dua matlamat. Pertama, untuk menguruskan penawaran kursus-kursus universiti dengan lebih teratur dan sistematik bagi melahirkan insan yang seimbang dan berfaedah serta kompetitif, berpengetahuan global dan berketerampilan. Kedua, merancang dan menawarkan program pengajian di peringkat pascasiswazah.

Untuk menampung peranan demikian, FUPL telah mewujudkan tiga (3) Jabatan iaitu Jabatan Kenegaraan & Keusahawanan, Jabatan Ilmu Wahyu & Pemikiran Islam, serta Jabatan Bahasa. Langkah ini selaras dengan arahan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) yang menekankan aspek-aspek kemahiran insaniah pelajar, keusahawanan, komunikasi dalam pelbagai bahasa.