Pemindahan / Pengecualian Kredit

Permohonan Pemindahan / Pengecualian kredit kursus-kursus Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalaman UniSZA dan Institusi Luar 

 

Syarat-syarat permohonan pemindahan kredit

  1. Kesetaraan Kurikulum/Silibus - Kesetaraan kurikulum/silibus antara kursus yang hendak dipindahkan kredit dan kursus yang dibuat perbandingan hendaklah sekurang-kurangya 80%.
  2. Gred Lulus - Pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya "C" (minimum) bagi kursus tersebut atau mana-mana gred minimum yang diluluskan oleh Senat bagi program tersebut.
  3. Nilai Kredit - Kursus yang diberi pemindahan kredit mempunyai nilai kredit yang setara atau lebih dengan kursus program yang akan diikuti.'
  4. Akreditasi - Kursus yang diberi pemindahan kredit mestilah daripada program yang mendapat akreditasi
  5. Jam kredit ini diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah jam kredit bergraduat tanpa memberi kesan kepada pengiraan purata nilai gred (GPA) dan purata nilai gred kumulatif (CGPA)

** Anda boleh meneruskan permohonan sekiranya syarat-syarat di atas dipenuhi **

                 

         Senarai Pertindihan Silibus Kursus-kursus dalaman Pusat Pengajian Teras, UniSZA yang dibenarkan untuk pemindahan kredit

KOD KURSUS DIPLOMA KOD KURSUS ISM NAMA KURSUS PERTINDIHAN SILIBUS (%) SYARAT PERTINDIHAN SILIBUS
MPU22012/PBD10102 PBI10102       ENGLISH 1 10 TIDAK MEMENUHI SYARAT
MPU22022/PBD10202 PBI10202 ENGLISH 2 20 TIDAK MEMENUHI SYARAT
MPU22032/PBD10302 PBI10302 BAHASA ARAB KEBANGSAAN 80 MEMENUHI SYARAT
MPU22042/PBD10402 PBI10402 BAHASA ARAB AGAMA 20 TIDAK MEMENUHI SYARAT
MPU22052/PBD10502 PBI10502 BAHASA MANDARIN 85 MEMENUHI SYARAT
MPU22062/PBD10602 PBI10602 BAHASA JEPUN 85 MEMENUHI SYARAT
MPU22072/PBD10702 PBI10702 BAHASA THAI 85 MEMENUHI SYARAT
MPU22082/PBD10802 PBI10802 BAHASA VIETNAM 85 MEMENUHI SYARAT

 

Tatacara permohonan pemindahan kredit (Buku Peraturan Akademik Pra-Siswazah SESI 2021/2022)

  1. Permohonan untuk pemindahan kredit (vertical) hendaklah dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja, manakala permohonan untuk pemindahan kredit (horizontal) boleh dibuat mengikut keperluan program dengan menggunakan borang UniSZA-PT01-PK01-BR023 Borang Permohonan Pemindahan Kredit
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan fakulti/Pusat Pengajian Teras/Pusat Pembangunan Holistik Pelajar melalui Dekan/Pengarah tidak lewat dari hari terakhir bekerja minggu ke-2 semester biasa bersama-sama dengan:
    1. Silibus dan sistem pemarkahan kursus yang dipohon untuk pemindahan atau pengecualian kredit.
    2. Satu salinan sijil/diploma/sarjana muda berkenaan yang telah disahkan.

 

Tatacara permohonan pemindahan kredit atas talian

**Sila baca arahan ini dengan teliti, kegagalan untuk mengikut prosedur permohonan dan dokumen yang diperlukan boleh menyebabkan permohonan anda ditolak dan tidak akan diproses**

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan

  • Permohonan Pemindahan kursus dari kursus Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalaman UniSZA
    • Borang Permohonan Pemindahan Kursus yang telah dilengkapkan
    • Salinan / Imbasan Transkrip Pengajian yang telah disahkan
  • Permohonan Pemindahan kursus dari kursus-kursus yang ditawarkan Institusi Luar selain UniSZA
    • Borang Permohonan Pemindahan Kursus yang telah dilengkapkan
    • Salinan / Imbasan Transkrip Pengajian yang telah disahkan
    • Salinan / Imbasan Dokumen Maklumat Terperinci / Proforma kursus berkaitan yang telah disahkan 

1. Muat turun dan lengkapkan borang permohonan menggunakan sebarang aplikasi pdf 

BORANG PERMOHONAN (sila muat turun dan lengkapkan borang ini)

Anda hanya perlu melengkapkan ruang bertanda "DIISI OLEH PELAJAR"

2. Sediakan dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan sepertimana diatas

3. Lengkapkan Google Form di bawah mengikut kategori (UniSZA atau institusi luar), dan muatnaik borang dan dokumen lampiran lain di ruang yang disediakan

  • Permohonan Pengecualian/Pemindahan kredit bagi kursus Ijazah/Diploma dalaman UniSZA
  • Permohonan Pengecualian/Pemindahan kredit dari institusi Luar

 

 

 

 

 

SENARAI KELULUSAN PERMOHONAN (Kemaskini 1/12/2021)

SENARAI KELULUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT (FEEDER UNISZA)

KEPUTUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DARI KURSUS-KURSUS DIPLOMA UNISZA

 

 

SENARAI KELULUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT (FEEDER LUAR)

***kemaskini 4 Januari 2022 4.40 PM***

KEPUTUSAN PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT DARI KURSUS-KURSUS DIPLOMA INSTITUSI LUAR