Kunjungan Delegasi Universitas Muhammadiyah Jakarta
Pada 20 hingga 23 Oktober 2019, pihak Pusat Pengajian Teras (PPT) bersama dengan Fakulti Sains Sosial Gunaan, Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Pusat Kesenian Warisan dan Pusat Pengurusan Siswazah telah menerima kehadiran delegasi dari Universitas Muhammadiyyah Jakarta (UMJ). Delegasi tersebut adalah seramai 12 orang, diketuai Naib Canselor Prof. Agus Suradika.
Lawatan delegasi adalah bertujuan menghadiri satu seminar antarabangsa bersama di samping mengadakan perbincangan lanjut mengenai perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani. Selanjutnya, bagi membincangkan lanjutan ke arah satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti.
Deelgasi yang tiba ke Terenggnau pada 20 Oktober 2019 disambut oleh Prof. Madya Dr. Norizan Abdul Ghani dan Dr. Hanif Md Lateh @ Junid di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Pada 21 Oktober, sesi lawatan dan perbincangan diadakan dengan pihak Pusat Kesenian Warisan dan Pusat Pengurusan Siswazah masing-masing dikelolakan oleh Dr. Fadzil Ahmad dan Profesor Dr. Ahmad Puad Mat Som. Lawatan ini diteruskan dengan pertemuan selama hampir satu jam bersama dengan Naib Canselor UniSZA Prof. Dr. Dato' Hassan Basri Awang Mat Dahan pada 22 Oktober 2019. Lawatan diteruskan dengan satu sesi pertemuan dengan pihak kedekanan Fakulti Sains Sosial dan Gunaan pada sebelah petang hari yang sama.
Menerusi lawatan delegasi ini, satu Simposium Sains Sosial dan Isu Kontemporari berjaya dilaksanakan dengan tema Improving the Quality of Higher Education in Asean Community. Selain itu, perbincangan ke arah pelaksanaan MoA antara kedua-dua institusi telah diputuskan untuk diberi tumpuan ke arah penyelidikan dan mobiliti. Selanjutnya, Dato' Naib Canselor telah menyampaikan hasrat supaya UMJ menjadi koordinator untuk menjalin hubungan antara UniSZA dan semua Universiti Muhammadiyyah di Indonesia.
Menerusi lawatan ini, satu rangka kerja ke arah mengadakan ikatan menerusi MoA antara kedua-dua institusi. Ikatan MoA akan menjadi pemangkin kecemerlangan UniSZA dari sudut penyelidikan, penerbitan dan program mobiliti dengan institusi antarabangsa.