BENGKEL PEMERKASAAN KURSUS MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU)

Bengkel Pemerkasaan Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) melalui Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi / High Impact Educational Practies (MPU-HIEPs) telah diadakan pada 2 Disember 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Bengkel anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) dan Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. YBhg. Bengkel ini merupakan program kesinambungan daripada persidangan COSNA dimana slot ceramah untuk MPU-HIEPs diadakan setelah sesi perasmian COSNA. Bengkel ini telah dihadiri oleh pensyarah MPU dari Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS di sekitar Zon Timur. Bengkel ini merupakan siri terakhir untuk tahun 2018 setelah diadakan di USIM pada 16 Ogos 2018 dan UiTM Pulau Pinang pada 25 September 2018.

Bengkel ini bertujuan untuk menyebar luas kepada pensyarah kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) berkenaan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia.

Program ini dimulakan dengan Dialog High Impact Educational Practises (HIEPs) dalam kursus MPU oleh Prof. Ir. Dr. Shahrir bin Abdullah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi selari dan pemetaan pentaksiran MPU serta konsep HIEPs selain soal selidik pelaksanaan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEPs) bagi kursus MPU turut diadakan diakhir sesi bengkel tersebut.

Melalui bengkel tersebut para peserta yang merupakan pensyarah MPU di seluruh Universiti Awam dan Swasta dari Pantai Timur telah mendapat pendedahan luas berhubung penggunaan HIEPs dalam kursus MPU. Selain itu, ilmu yang diperolehi daripada bengkel ini dapat diaplikasikan dengan sebaiknya kepada semua pelajar.

MPU WorkshopMPU Workshop

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG