Program Transformasi Negara

altPusat Penataran Ilmu telah mengadakan program ini kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil Kursus Universiti iaitu Kursus Hubungan Etnik. Seramai 1100 pelajar dan kakitangan telah hadir ke program tersebut.

 

Program berlansung di Dewan Gymnasium UniSZA Kampus Gong Badak pada 17 Mac 2015 dengan dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim. Hadir sama Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Raja Arif Raja Ali dan Pengarah Pusat Kajian ASEAN UniSZA Prof. Dr. Kamaruddin Mohd Said sebagai penceramah.

Sambutan pelajar terhadap program ini sangat menggalakkan. Para pelajar didedahkan dengan isu-isu semasa dan nilai patriotisme kepada negara. Program ini akan diteruskan lagi bagi memupuk pemahaman yang jelas dikalangan pelajar khususnya memberi pendedahan dan pencerahan secara khusus berkaitan dasar dan visi negara kepada penuntut UniSZA.

alt

alt

alt