Syarahan akademik

PATRIOTISME DAN ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 

Pusat Penataran Ilmu telah mengadakan syarahan akademik kepada pelajar-pelajar UniSZA dengan menjemput Profesor Dr. Kamaruddin Mohd Said, Penolong naib Canselor sebagai penceramah dan dipengerusikan oleh En. Abdul Majid Hafiz, Pensyarah dari Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Syarahan yang disampaikan adalah mengenai ‘Patriotisme dan Isu Hubungan Etnik di Malaysia’ di Dewan Kuliah Utama pada 28 November 2013.

Sambutan pelajar terhadap program ini sangat mengalakkan. Para pelajar diberitahu betapa pentingnya memahami  ‘konsep patriotisme’ dalam konteks kacamata kita sendiri. UMNO dengan kerjasama beberapa parti  lain seperti  MCA dan MIC telah menentang  penjajahan British sehingga Tanah Melayu  akhirnya telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Terbentuknya perlembagaan Tanah Melayu berkenaan telah menyebabkan orang orang Melayu diberi ‘hak keistimewaan‘ manakala  kepentingan kaum-kaum lain tidak terabai’.

Timbalan Pengarah PPI, En. Che Wan Takwa Che Wan Abu Bakar yang mewakili Pengarah PPI menyatakan bahawa program sebegini akan diteruskan lagi bagi memupuk pemahaman yang jelas dikalangan pelajar khususnya konsep patriotisme dan isu hubungan etnik yang kompleks di negara ini.