Kata Aluan Dekan
Assalamualaikum wm. wbt. dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman web sesawang Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin. Adalah diharapkan laman sesawang ini dapat memberikan sumber maklumat yang berguna terutamanya kepada para pelajar, warga kampus dan masyarakat luar.
Sebagai sebuah fakulti yang menawarkan kursus universiti, FUPL bertujuan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang serba boleh iaitu melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang bukan saja menjurus kepada pengkhususan bidang semata-mata tetapi juga dapat melahirkan graduan yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dengan kesimbangan sahsiah diri yang berkualiti.
Pelajar akan diberi pendedahan kepada bidang pengetahuan umum yang lebih luas skopnya melangkaui batas-batas disiplin ilmu pengkhususan mereka. Pengetahuan global yang memperluaskan pengetahuan meliputi aspek-aspek penataran ilmu pengajian umum ke arah kemahiran berkomunikasi, keterampilan berfikir, ilmu keusahawanan selain ilmu ukhrawi.
Pelajar juga akan didedahkan kepada bidang-bidang seperti bahasa-bahasa asing, keusahawanan selain aspek kenegaraan dan ketamadunan dengan tambahan pengetahuan asas tentang agama khususnya agama Islam melalui pengenalan ilmu aqidah, akhlak, moral dan etika selaras dengan moto UniSZA ’Ilmu Demi Faedah Insan’ agar dapat melahirkan insan yang seimbang.