Bengkel TOT Asas Pembudayaan Keusahawanan 2011

Pusat Penataran Ilmu (PPI), Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan Bengkel TOT Asas Pembudayaan Keusahawanan 2011. Bengkel tersebut telah diadakan pada 10 Februari 2011 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Informatik. Fasilitator yang terlibat dengan bengkel tersebut adalah Y. Brs. Dr Fakhrul Anuar bin Zainol. Antara Pensyarah Kursus Universiti yang hadir adalah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Pengurusan Perniagaan & Perakaunan, Fakulti Informatik, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Teknologi Makanan, Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan. Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kompetensi tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan.

GALERI GAMBAR