Bengkel Pemurnian Hasil Pembelajaran Kursus-Kursus Universiti 2010

Pusat Penataran Ilmu (PPI), Universiti Sultan Zainal Abidin telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Hasil Pembelajaran Kursus-Kursus Universiti 2010. Bengkel tersebut diadakan pada 14 dan 15 November 2010 (Ahad & Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Informatik. Fasilitator yang terlibat dengan bengkel tersebut adalah En. Abd. Rahim bin Ramli dari Pusat Pembangunan Akademik dan Pn. Ariza binti Ibrahim dari Unit Jaminan Kualiti. Antara Pensyarah Kursus Universiti yang hadir adalah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Fakulti Pengurusan Perniagaan & Perakaunan. Penganjuran bengkel ini bertujuan menyemak semula hasil pembelajaran (LO) dan Sudent Learning Time (SLT) kursus-kursus universiti.

GALERI GAMBAR