UIM 1010 - MORAL DAN ETIKA I

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

 

NAMA KURSUS     :         MORAL DAN ETIKA 1 [Bukan Islam]

KOD KURSUS        :         UIM 1010

JAM KREDIT        :         DUA (2)

JAM KONTAK       :         DUA (2)

 

SINOPIS KURSUS

Kursus ini membolehkan para mahasiswa mengetahui nilai-nilai moral dan etika yang akan membentuk keperibadian mahasiswa sebagai modal insan yang diperlukan oleh negara dan antarabangsa. Ia merangkumi perbincangan mengenai istilah moral dan etika, kepentingannya dalam kehidupan manusia, hubungannya dengan agama dan ilmu pengetahuan yang lain. Perbincangan juga merangkumi isu-isu hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Beberapa contoh moral dan etika yang mulia akan didedahkan kepada mahasiswa. Contoh moral dan etika yang perlu dijauhi juga akan didedahkan kepada mahasiswa.

OBJEKTIF

Objektif  Am

Menjelas dan memberi kefahaman kepada mahasiswa berhubung nilai-nilai moral dan etika yang patut diketahui dan diamal oleh setiap pelajar.

 

Objektif Khusus

1.   Melahirkan mahasiswa yang berkeperibadian tinggi sebagai asas kepada pembentukan jati diri.

2.   Membentuk mahasiswa yang berintegriti dan berdaya saing dalam persekitaran sosial semasa selaras dengan keperluan modal

insan negara.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir semester, pelajar-pelajar dapat :-

1.  Memahami dan  menjelaskan nilai-nilai moral dan etika [C2,  P2,

A2, S1].

2.  Mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka

[C2, P1, A2, S2].

 

3. Memenuhi keperluan modal insan yang diperlukan negara.

[C3,  P3,  A5,  S2].