UIK 1012 - KENEGARAAN DAN KEMASYARAKATAN

NAMA KURSUS     :      KENEGARAAAN DAN KEMASYARAKATAN

KOD KURSUS        :      UIK 1012

JAM KREDIT        :         2

JAM KONTAK       :         2

 

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini menjelaskan mengenai sejarah Negara, masyarakat Melayu dan kemunculan masyarakat  majmuk di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada aspek kenegaraan dan kemasyarakatan Negara Malaysia.  Ia merangkumi bidang-bidang sejarah, politik, kemasyarakatan, ekonomi, bahasa,  agama dan kepercayaan.

 

OBJEKTIF KURSUS

1.        Menanam perasaan tanggungjawab terhadap Negara

2.        Mewujudkan pelajar-pelajar yang lebih mengenali dan memahami dunia sosial yang dianggotai sebagai asas kepada

           pembentukan jati diri.

3.        Meningkatkan kewibawaan pelajar dalam memahami pelbagai isu dalam konteks Negara dan persekitaran sosial semasa.



HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir semester, pelajar-pelajar dapat :-

1.  Memahami dan  menjelaskan aspek-aspek kemasyarakatan dan kenegaraan Malaysia [C2,  P2,  A2,  S1 ].

2. Meransang pelajar untuk peka tentang hal ehwal  semasa yang berkait dengan Negara dan masyarakat [C2, P1, A2, S2].

3. Mengaplikasi pengetahuan tentang Negara dan masyarakat dalam kehidupan harian [C3,  P2,  A2,  S1].

Pada akhir kursus ini, pelajar mempunyai kemahiran insaniah berikut:

  1. Kemahiran Berkomunikasi [CS 3].
  2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat [LL 1].
  3. Kemahiran Kerja Berpasukan [TS 3].