MPU 33022 - MORAL DAN ETIKA II(Bukan Islam)

NAMA KURSUS               :        MORAL DAN ETIKA II (Bukan Islam)

KOD KURSUS                 :         MPU 33022

JAM KREDIT                  :         DUA (2)

JAM KONTAK                 :         DUA (2)

PRA-SYARAT                  :         TIADA        

SINOPIS KURSUS

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang konsep moral dan teori-teori etika  dan sistem nilai; nilai agama, kepercayaan agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Konsep asas nilai, definisi, fungsi dan jenis-jenisnya seperti konsep kebaikan, kebahagiaan, kebenaran, kesalahan dan status moral akan diperkenalkan. Persoalan hak dan ilmu pengetahuan moral serta permasalahan etiaka akan diajar lebih mendalam. Nilai agama dan kepercayaaan dalam masyarakat dan isu moral setempat serta univesal akan diberi penekanan. Isu hak dalam masyarakat juga diberi pendedahan kepada pelbagai teori etika. Ajaran setiap agama mengenai moral dan etika akan dibincangkan. Kursus ini penting untuk membentuk personaliti individu dan membentuk nilai masyarakat majmuk di Malaysia. 

OBJEKTIF                     

Objektif  Umum

Menjelas dan memberi kefahaman kepada mahasiswa berhubung nilai-nilai moral dan etika untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian setiap pelajar. 

Objektif Khusus

1. Melahirkan mahasiswa yang berkeperibadian tinggi sebagai asas kepada

    pembentukan jati diri. 

2. Membentuk mahasiswa bermoral dan beretika yang berintegriti serta   berdaya saing dalam persekitaran sosial semasa selaras dengan keperluan modal insan negara. 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus, mahasiswa dapat:

   1.  Memahami dan  menjelaskan nilai-nilai moral dan etika

       [C2,  P2, A2, S1]. 

2.  Mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka

    [C2, P1, A2, S2]. 

3. Membentuk personaliti yang baik dan nilai-nilai untuk diadapatasi dalam

   masyarakat majmuk di Malaysia.   [C5,  P6,  A3,  S2]. 

   4. Memenuhi keperluan modal insan yang diperlukan negara.

   [C3,  P3,  A5,  S2].