UIP 1010 - ETIKET SOSIAL DAN PENAMPILAN DIRI [Bukan Islam]

NAMA KURSUS     :      ETIKET SOSIAL DAN PENAMPILAN DIRI [PELAJAR BUKAN ISLAM]

KOD KURSUS       :       UIP 1010

JAM KREDIT         :       0 [AUDIT]

JAM KONTAK       :       DUA (2)

PRA-SYARAT        :       TIADA 

 

SINOPIS KURSUS

Kursus ini membolehkan para pelajar mengetahui elemen-elemen etiket sosial yang penting dalam pelbagai situasi. Pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai asas amalan protokol dan etiket di negara ini.

 

OBJEKTIF                               

  Objektif  Am

Menjelas dan memberi kefahaman kepada pelajar tentang tatacara dan adab  berhubung penampilan, kesopanan dan ketertiban dalam pelbagai situasi rasmi dan tidak rasmi. Perbincangan ringkas juga akan dibuat mengenai kepelbagaian etiket sosial mengikut etnik di negara kita.  

  Objektif Khusus

1.       Melahirkan pelajar yang memahami tatacara dan adab  berhubung penampilan dalam pelbagai situasi.

2.       Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berwibawa dalam semua majlis rasmi dan tidak rasmi.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus, pelajar dapat:

1.         Memahami etiket sosial dalam majlis rasmi dan tidak rasmi

2.         Mempraktikkan etiket yang dipelajari dalam kehidupan dan tugas yang diamanahkan.

3.         Menjadi seorang yang mempunyai nilai etiket yang yang tinggi dan boleh mempertingkatkan imej dalam semua situasi.