MPU 33032 - ILMU WAHYU DAN KEMASYARAKATAN

NAMA KURSUS    :  ILMU WAHYU DAN KEMASYARAKATAN

KOD KURSUS       :  MPU 33032

JAM KREDIT        :  2

JAM KONTAK      :  2

 

SINOPIS KURSUS

Kursus ini membincangkan isu-isu kemasyarakatan yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Pelajar akan didedahkan kepada aspek ilmu akal, hubungan kekeluargaan, hubungan sosial, adab dan budaya, perhiasan, seni dan hiburan, globalisasi dan pemikiran, media dan dokumentari. Perbincangan difokuskan kepada garis panduan yang disediakan dalam al-Quran dan hadis dan peranannya dalam menangani isu-isu kemasyarakatan semasa yang berkaitan.   

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus, pelajar dapat :

  1. Menerangkan nas-nas al-Quran dan hadis yang berhubung dengan permasalahan dan isu-isu          kemasyarakatan.
  2. Menghubungkait isu-isu kemasyarakatan dengan nas-nas yang terdapat  dalam al-Quran dan hadis.
  3. Menyelesaikan  isu-isu kemasyarakatan berasaskan pertunjuk al-Quran dan hadis.