PBI 10902 - BAHASA MELAYU ASAS I

NAMA KURSUS : BAHASA MELAYU ASAS I

KOD KURSUS  : PBI 10902

NILAI KREDIT : 2

SEMESTER DAN TAHUN YANG DI TAWARKAN : SEMESTER 1/TAHUN 1

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membantu pelajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Penekanan diberikan pada kemahiran komunikasi asas bahasa Melayu, abjad dan sistem bunyi bahasa Melayu, latihan membina ayat mudah secara lisan dan tulisan, latihan bertutur dan mendengar perbualan mudah, latihan membaca dan menulis melalui dialog-dialog mudah. Kaedah taksiran pembelajaran yang digunakan ialah berkomunikasi secara lisan dan penulisan. Kursus ini dinilai melalui kuiz dan ujian.

HASIL PEMBELAJARAN         

Setelah mengikuti kursus ini dengan jayanya, para pelajar dapat : 

  1. Mengenal pasti sistem ejaan dalam bahasa Melayu
  2. Membincangkan teks bahasa Melayu yang mudah secara lisan
  3. Menulis ayat-ayat mudah dalam bahasa Melayu