UIQ 1010 - TAJWID AL-QURAN

NAMA KURSUS     :         TAJWID AL-QURAN

KOD KURSUS        :         UIQ 1010

JAM KREDIT        :         AUDIT

JAM KONTAK       :         2

 

SINOPSIS KURSUS

 

Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar kaedah-kaedah ilmu tajwid al-Quran merangkumi makhraj huruf dan sifat-sifatnya, hukum-hukum nun sakinah dan tanwin, mim sakinah, mad dan qasar serta waqaf dan ibtida’. Selain itu, pelajar dikehendaki menghafaz surah-surah pilihan.

 

 

OBJEKTIF

 

  1. Melahirkan pelajar Muslim yang mampu membaca al-Quran dengan baik.
  2. Memperkenalkan kepada para pelajar tentang hukum-hukum Tajwid bagi membolehkan mereka terus mempraktikkannya semasa membaca al-Quran.
  3. Melahirkan modal insan yang boleh diketengahkan dalam masyarakat

 

HASIL PEMBELAJARAN

         

Setelah mengikuti kursus ini dengan jayanya, para pelajar dapat :

 

  1. Mengetahui kaedah-kaedah ilmu tajwid al-Quran
  2. Mampu membaca al-Quran dengan betul
  3. Mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang sering berlaku dalam bacaan al-Quran dan dapat membetulkannya.
  4. Mengingati surah-surah pilihan dengan lancar.