MPU 32092 - ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

NAMA KURSUS : ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

KOD KURSUS : MPU 32092

JAM KREDIT : 2

SEMESTER DAN TAHUN YANG DI TAWARKAN : SEMESTER 1/TAHUN 1

 

SINOPSIS 

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan.  Ia merangkumi konsep dan perkembangan keusahawanan, analisis kompetensi keusahawanan diri, etika keusahawanan dan kepentingan aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan.  Ia juga membincangkan peluang perniagaan, kemahiran memulakan perniagaan, merancang perniagaan dan kemahiran mengurus projek perniagaan.  Seterusnya pelajar perlu menyertai aktiviti keusahawanan secara praktikum, mereka didedahkan dalam segala aspek yang terlibat seperti perancangan modal, pemasaran seterusnya pembangunan produk dan proses.  Latihan amali didedahkan kepada setiap pelajar secara melaksanakan projek keusahawanan dalam kumpulan.    

 

HASIL PEMBELAJARAN 

Di akhir kursus ini, pelajar sepatutnya boleh :

1. Mengaplikasikan konsep  asas dan proses keusahawanan.

2. Menghasilkan idea keusahawanan yang kreatif dan inovatif.

3. Merancang dan melaksanakan  projek/aktiviti keusahawanan.