UIU 1012 - AQIDAH DAN AKHLAK

NAMA KURSUS     :         AQIDAH DAN AKHLAK

KOD KURSUS        :         UIU 1012

JAM KREDIT        :         2

SEMESTER           :         2

 

 

SINOPSIS KURSUS

 

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang asas-asas akidah dan akhlak Islam. Bahagian pertama kursus ini membincangkan tentang konsep tauhid yang merangkumi Pengenalan Ilmu Tauhid,. Perbincangan selanjutnya meliputi pengertian ma’rifat, taqlid, taklif, Tauhid al-Rububiyyah, al-Uluhiyyah dan al Asma’ wal Sifat. Bahagian kedua berhubung dengan akhlak akan membincangkan konsep akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah .

 

OBJEKTIF KURSUS

 

  1. Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep-konsep akidah, atau tauhid
  2. Menjelaskan konsep akhlak mahmudah dan mazmumah
  3. Menanamkan asas-asas akidah dan akhlak yang mantap kepada para pelajar serta menghayatinya dengan penuh keyakinan.

 

 

HASIL DARIPADA PEMBELAJARAN

 

Setelah mengikuti kursus ini dengan jayanya, para pelajar dapat :

 

1.     Menguasai Ilmu dalam bidang Akidah dan Akhlak ( C1,C2,C4,P1,A1,A5)

2.     Memupuk kemahiran memimpin dan bekerja dalam pasukan. (CS1,CS2,CS3.CS4,TS1,TS2)

3.       Menjelaskan isu-isu yang berlaku dalam akidah dan akhlak (CS1,CS2,CS3,CS4)