UIM 1012 - ISU-ISU DALAM ETIKA

Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4

 

 

Nama Kursus

Isu-isu Dalam Etika

Kod Kursus

UIM 1012

Jam Kredit

Tiada

Pra syarat(jika ada)

Tiada

Kaedah Penilaian dan Agihan Markah/Gred

- Kertas Kerja Kumpulan dan Pembentangan

- Ujian 1

- Ujian 2

60%

Marks Grade

80 - 100% A

75 - 79% A-

70 - 74% B+

65 - 69% B

60 - 64% B-

55 - 59% C+

50 - 54% C

45 - 49% C-

40 - 44% D

39% or less F

Peperiksaan Akhir

40%

Kaedah Pengajaran dan pembelajaran

Kombinasi kaedah-kaedah di bawah:

- Syarahan

- Perbincangan dalam Kumpulan

- Pembentangan

-

Pengajar

Semester

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada beberapa prinsip etika dan moral bagi membolehkan mereka mempraktikannya di dalam kehidupan harian. Ia juga dapat menolong pelajar membentuk nilai moral sendiri berdasarkan kepada isu-isu terkini masyarakat.Ia merangkumi konsep-konsep asas etika dan moral,kemoralan sosial dan etika keperibadian mulia yang dikaitkan dalam pelan integriti nasional. Perbincangan juga merangkumi beberapa teori etika yang utama dan beberapa isu moral terkini.

Objektif Kursus

  1. Mendedahkan pelajar kepada beberapa isu etika dan moral dalam pelbagai latar belakang.
  2. Membolehkan pelajar memahami isu-isu ini dari pelbagai pendekatan teori.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus pelajar dapat:

1. menunjukkan kefahaman tentang etika dan moral dan diadaptasikan dalam kehidupan harian.

2. menghubungkaitkan isu-isu dalam negara dari pelbagai perspektif etika dan moral

3. membentuk nilai moral tersendiri secara berkesan apabila berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan harian.

Hasil Pembelajaran

(Kemahiran Insaniah)

Pada akhir kursus ini, pelajar mempunyai kemahiran insaniah berikut:

1. Kemahiran Berkomunikasi : Pelajar berupaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi bukan sahaja di waktu pembelajaran tetapi juga sewaktu menjalankan kerja kumpulan.

2. Kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah: Kebolehan pelajar berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dan berupaya mengaplikasikan pemahamannya dalam kehidupan seharian.

3. Kemahiran Kerja Berpasukan: Pelajar boleh bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama.

4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat : Keupayaan mencari dan mengurus pelbagai maklumat

Kemahiran Insaniah

CS

CS1,CS2,CS3

CTPS

CTPS1, CTPS2,

TS

TS1,TS2

LL

LL1

KK

-

EM

-

LS

-