UIM 1022 - PERBANDINGAN AGAMA 1 [Bukan Islam]

NAMA KURSUS        :           PERBANDINGAN AGAMA  1 [Bukan Islam]

KOD KURSUS           :           UIM 1022

JAM KREDIT             :           2

JAM KONTAK            :           2

 

 SINOPSIS KURSUS

 

Kursus ini meliputi perbincangan tentang konsep-konsep perkataan seperti perkataan agama, kepercayaan, adat, akidah, fitrah, kelahiran beberapa kepercayaan dan agama, perbezaan di antara agama samawi dan doktrin ciptaan, sumber-sumber dan kesan pegangan agama kepada manusia.

 

OBJEKTIF UMUM

 

Memperkenalkan kepada pelajar tentang beberapa peradabaan yang berbeza supaya timbul perasaan saling menghormati kepada multi pegangan di dalam masyarakat.

 

OBJEKTIF KHUSUS

 

Di antara objektif khusus bagi kursus ini ialah :

1.                 Mendedahkan kepada pelajar tentang beberapa konsep yang berkaitan dengan  agama dan kepercayaan.

2.                 Memahami konsep fitrah dan pengaruhnya terhadap nilai yang baik atau buruk, dan keperluan manusia kepada seorang utusan.

3.                 Menyingkap sejarah kelahiran agama dan kepercayaan bagi manusia.

4.                 Menjelaskan perbezaan-perbezaan di antara agama yang datang daripada langit (samawi) dengan doktrin yang diilhamkan oleh manusia.

5.                 Menunjukkan beberapa sumber rujukan agama dan doktrin ciptaan manusia.

6.                 Kesan kepercayaan kepada agama.