MPU 31012 - HUBUNGAN ETNIK

NAMA KURSUS : HUBUNGAN ETNIK

KOD KURSUS : MPU 31012

JAM KREDIT : 2

JAM KONTAK : 2

SEMESTER DAN TAHUN YANG DITAWARKAN : SEMESTER 1/TAHUN 1

 

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep asas, latar belakang dan realiti sosial masa kini hubungan etnik di Malaysia dan perspektif kesepaduan sosial. Tujuan kursus ini ialah memberikan kesedaran dan penghayatan dalam mengurus kepelbagaian ke arah pengukuhan negara bangsa. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti individu, berpasukan dan semangat kesukarelaan. Di akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni, mempunyai jati diri kebnangsaan dan menerima kepelbagaian sosio-budaya etnik-etnik di Malaysia.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, pelajar sepatutnya boleh :

  1. Membincang isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 
  2. Menilai kepentingan jati diri kebangsaan dan kesukarelaan kea rah mewujudkan warganegara yang bertanggungjawab.
  3. Membina hubungan dan interaksi sosial pelbagai etnik.