MPU 33012 - ILMU WAHYU DAN SAINS

NAMA KURSUS : ILMU WAHYU DAN SAINS

KOD KURSUS : MPU 33012

JAM KREDIT : 2

 

SINOPSIS

Kursus ini ditawarkan   kepada   pelajar   bertujuan memberi pendedahan berhubung konsep dan kategori akidah, aliran pemikiran, wahyu dan sains. Isu dan cabaran dalam akidah masyarakat Islam juga ditimbulkan. Perbincangan  sains yang terdapat  di  dalam  al-Quran dan hadis ( al-i‘jaz al-‘ilmi) difokuskan kepada konsep wahyu dan sains, tokoh-tokoh sains Islam, sains fizikal, sains hayat, kejuruteraan dan kesenian Islam dan geologi. Perbincangannya dikupas dari aspek persamaan dan perbezaan di antara penemuan sains dengan fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis dan hukum-hukum syariah berkaitan. Selain  itu, pelajar juga diberi pendedahan ilmu al-Quran merangkumi makhraj huruf dan sifat-sifatnya, hukum-hukum nun sakinah dan tanwin, mim sakinah, mad dan qasar serta waqaf dan ibtida’ dan sebagainya. Pelajar juga dikehendaki menghafaz surah-surah pilihan.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti kursus ini dengan jayanya, pelajar dapat :

  1. Berpegang dengan  akidah dan aliran pemikiran Islam berlandaskan tanggungjawab diri dan sosial mengikut ajaran wahyu yang sebenar.
  2. Meningkatkan nilai keimanan dan jati diri Muslim melalui hubungkait penemuan sains moden dengan fakta-fakta dalam al-Quran, hadis dan syarak.
  3. Melengkapkan diri dengan bacaan al-Quran mengikut riwayat Imam Hafs melalui aliran Imam As-Syatibi dengan tepat.