UMW 1012 - ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

NAMA KURSUS : ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

KOD KURSUS : UMW 1012

JAM KREDIT : 2

JAM KONTAK : 2

SINOPSIS

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan. Ia merangkumi konsep dan perkembangan keusahawanan, analisis kompetensi keusahawanan diri, etika keusahawanan dan kepentingan aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan. Ia juga membincangkan peluang perniagaan, kemahiran memulakan perniagaan, merancang perniagaan dan kemahiran mengurus projek perniagaan. Seterusnya pelajar perlu menjalani praktikum keusahawanan dengan menganjur seminar/forum keusahawanan yang melibatkan tokoh-tokoh usahawan dan agensi-agensi sokongan keusahawanan. Praktikum keusahawanan diteruskan dengan mahasiswa menjalankan perniagaan secara berkumpulan dalam kampus atau menjalankan gerak kerja keusahawanan bersama usahawan pilihan. Kursus ini diakhiri dengan sesi pembentangan laporan praktikum, pembentangan kumpulan dan laporan kerja kursus individu.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan berkaitan ilmu keusahawanan supaya dapat memupuk minat bakal graduan kepada bidang keusahawanan dan perniagaan.
  2. Membuka minda dan memberi dorongan kepada graduan supaya memikirkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
  3. Merangsang semangat keusahawanan melalui pengcungkilan potensi diri dalam melaksanakan aktiviti berkaitan keusahawanan dan Rancangan Perniagaan.
  4. Menyemai semangat berdikari dan budaya keusahawanan dalam diri graduan sebagai bekalan di arena kerjaya.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti kursus ini dengan jayanya, pelajar berupaya:

1. Membuka minda ke arah kerjaya sebagai usahawan (C4, P3, A2, S2)

2. Mempunyai semangat berdikari dan daya juang tinggi (C4 , P3, A3, S2)

3. Menyuburkan ilmu keusahawanan di dalam diri (C4, P3, A3, S2)