Kunjungan Delegasi Universitas Muhammadiyah Jakarta
Pada 20 hingga 23 Oktober 2019, pihak Pusat Pengajian Teras (PPT) bersama dengan Fakulti Sains Sosial Gunaan, Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Pusat Kesenian Warisan dan Pusat Pengurusan Siswazah telah menerima kehadiran delegasi dari Universitas Muhammadiyyah Jakarta (UMJ). Delegasi tersebut adalah seramai 12 orang, diketuai Naib Canselor Prof. Agus Suradika.
Lawatan delegasi adalah bertujuan menghadiri satu seminar antarabangsa bersama di samping mengadakan perbincangan lanjut mengenai perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani. Selanjutnya, bagi membincangkan lanjutan ke arah satu Memorandum Perjanjian (MoA) antara kedua-dua universiti.