Lawatan kerja Pusat bahasa dan pembangunan Insan UTeM ke Pusat Penataran Ilmu UDM.

 

 

 

GONG BADAK  : Pihak Pusat Penatan Ilmu, Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA (UDM) telah menerima lawatan kerja daripada Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 8 Jun 2009, Isnin. Seramai 30 orang kakitangan UTeM terlibat dengan lawatan tersebut yang diketuai Y. Bhg. Prof. Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj. Dora, Dekan Pusat Bahasa dan Pembangunan Insam UTeM. Manakala seramai 35 orang kakitangan  UDM terlibat yang mewakili Fakulti dan PTj antaranya Pusat Penataran Ilmu ( PPI ), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam ( FPKI ), Fakulti Bahasa dan Komunikasi ( FBK ), Pusat Pembangunan Akademik dan Kemahiran Insaniah ( PPAKI), Pusat Ko-Kurikulum dan Unit Jaminan Kualiti ( UJK ).

          Pengarah Pusat Penataran Ilmu, Y. Bhg. Dr. Norizan bt. Abdul Ghani dalam ucapannya sangat mengalu-alukan lawatan dari UTeM kerana ia dapat bertukar-tukar ilmu dan pendapat,selain itu juga dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua universiti. Pada akhir lawatanyanya, pihak UTeM sangat berpuas hati dengan layanan Pihak UDM dan perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG