PROGRAM SPEAKERS’ SQUARE

Program Speakers' Square adalah untuk membantu para pelajar dalam kemahiran komunikasi dan selari dengan mata pelajaran PBI10102 English for Communication I yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL). Di samping itu, program ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan universiti awam seiring dengan Pelan Tindakan Akademik UniSZA 2018 Education 4.0 dengan melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi apabila menceburkan diri ke alam kerjaya.
Program ini disertai oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek PBI10102 English for Communication I serta melibatkan beberapa pelajar lain untuk persembahan sepanjang program berjalan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi dikalangan pelajar. Dengan peningkatan kemahiran komunikasi dapat melahirkan modal insan yang berkeyakinan dalam menggunakan bahasa Inggeris. Selain itu, program ini menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang bahasa sekaligus memupuk perasaan minat pelajar dengan aktiviti berbahasa. Program ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara matang serta membina keyakinan diri mereka.

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG