Lonjakan Gemilang UPSR – Sains dan Matematik

photo6312125208445692033

Pada 01 – 02 April 2019 bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, UniSZA Kampus Gong Badak, telah diadakan Program : Lonjakan Gemilang UPSR – Sains dan Matematik. Program tersebut merupakan program anjuran Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB) dengan kerjasama Pusat Pengajian Teras (PPT) dan Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM). Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR). Melalui program tersebut pelajar-pelajar berkenaan telah diberikan ceramah motivasi oleh penceramah utama iaitu Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar selain memfokuskan kepada teknik menjawab peperiksaan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Program ini memberikan impak yang amat besar kepada pelajar dalam meniupkan semangat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Selain itu, pelajar turut dibudayakan dengan kehidupan mahasiswa/i dalam kampus bagi memberikan aura positif dalam diri pelajar-pelajar.

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • 926644864180862 4415065890245050368 n

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG

  • IMG