Latar Belakang
Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 27 Mei 2016 yang sebelum ini dikenali dengan Pusat Penataran Ilmu (PPI) yang ditubuhkan pada 1 Mac 2007.
Penubuhan FUPL adalah berasaskan dua matlamat. Pertama, untuk menguruskan penawaran kursus-kursus universiti dengan lebih teratur dan sistematik bagi melahirkan insan yang seimbang dan berfaedah serta kompetitif, berpengetahuan global dan berketerampilan. Kedua, merancang dan menawarkan program pengajian di peringkat pascasiswazah.
Untuk menampung peranan demikian, FUPL telah mewujudkan tiga (3) Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Kenegaraan & Keusahawanan, Pusat Pengajian Ilmu Wahyu & Pemikiran Islam, serta Pusat Pengajian Bahasa. Langkah ini selaras dengan arahan JPT yang menekankan aspek-aspek kemahiran insaniah pelajar, keusahawanan, komunikasi dalam pelbagai bahasa.